Misi
Melahirkan pelajar cemerlang akademik dan ko-kurikulum
berteraskan kemantapan akidah yang tinggi.
Membentuk warga pendidik yang mempunyai nilai dan budaya kerja yang cemerlang.
Menerapkan semangat “kerja berpasukan” dalam kalangan
staf.
Mewujudkan sistem pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan berkesan.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat.
Motto
T ekun Dedikasi M aju Jaya
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Ikrar Pelajar
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kami berikrar bahawasanya kami
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha
Berikrar dan berjanji akan:-
Menunaikan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi laranganNya
Mentaati dan menghormati para guru
Berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran
Menjaga dan menyayangi sekolah
Mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah demi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Dengan ini kami juga berikrar sekiranya kami melanggar peraturan dan undang-undang sekolah kami bersedia dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak sekolah.
|