Menu Utama    Pengenalan     Pentadbiran       Akademik   HEM     KOKUM         


 



Perkhemahan Agung Unit Beruniform 28-30 Jun 2007

30 Jun Sabtu - Perkhematan Agung Unit Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar (SMKATDM) telah di adakan pada 28-30 Jun 2007 melibat semua pelajar yang terdiri dari unit Kadet Remaja Sekolah,Kadet Polis,Pengakap,Pandu Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Pandu Arah dikendali oleh 3 orang jurulatih tentera dari Kem Lok Kawi,Pertolongan Cemas,Explorerace,Ceramah Agama,Rentas Berhalangan,Persembahan Kebudayaan dan Pertandingan Kawad Kaki.

Kem Komandan bagi perkhemahan pada kali ini ialah En Sazliman Ismail manakala peserta terbaik putera ialah Adik Zamir dari tingkatan 4AK dan peserta terbaik puteri ialah adik Siti Zakiah dari tingkatan 5 IS. Manakala Ketua Platun terbaik pula ialah Adik Shafie Adiman dari tingkatan 5IR. Majlis penutupan perkhemahan ini dirasmikan oleh wakil Ketua Sektor SPPIM Ustaz Noriman Jumatin.





 


  Hubungi kami:
webmaster@smkatdm.net


Tarikh kemaskini:
10 Julai 2007






 

Pautan Ke Laman Web Rasmi Kerajaan

 


Copyright ©2007
www.smkatdm.net
All rights reserved
Menu Utama    Pengenalan     Pentadbiran       Akademik   HEM     KOKUM     

PENAFIAN:
SMKATDM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan
maklumat yang dicapai daripada laman web ini.